KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2023 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Mock Cheque WARak Rural Capital Berhad (RCB) kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berjumlah RM10,346.00 yang mana RM10,000.00 daripada RCB dan RM346.00 adalah sumbangan daripada wargakerja RCB melalui potongan gaji secara bulanan.
Penyampaian telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB kepada Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif YPM (menjalankan tugas) dengan disaksikan oleh YBrs. Encik Mohd Diah Bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
WARak merupakan salah satu inisiatif baharu MARA yang diurus tadbir oleh YPM bertujuan untuk melonjakkan taraf sosioekonomi masyarakat serta meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui amalan berwakaf.