Kuala Terengganu, 15 Ogos 2023 – Tuan Haji Syeikh Mohammad Tawfeek Bin Hassan Badjenid selaku Pengerusi Jawatankuasa Bersama YPM-MAIWP dan juga Ahli Lembaga Pengarah YPM telah mengadakan kunjungan hormat bersama En Abdul Wahab Bin Mustaffa, Pengarah MARA Negeri Terengganu. Turut hadir Pn Afizah Zubaidah Bt Embong, Timbalan Pengarah (Pembangunan) serta ketua-ketua Unit di Pejabat MARA Terengganu.
Dalam sesi tersebut, Tuan Haji Tawfeek menerangkan mengenai infaq, sedekah, wakaf dan program WARak, perjalanan duit sumbangan, kebaikan yang diperolehi dan bagaimana kerjasama dua hala dapat diwujudkan oleh YPM dan MARA Terengganu. Semoga kerjasama ini dapat teruskan pada masa akan datang dalam membincangkan program WARak YPM.