UTC SELANGOR, 24 Jun 2023 – Seramai 52 orang pelajar daripada anak kakitangan MARA di Negeri Selangor telah menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran MARA anjuran Pejabat MARA Negeri Selangor dengan kerjasama Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM) bertempat UTC Selangor, Seksyen 14 Shah Alam
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Diah bin Abas Pengerusi Interim Yayasan Pelajaran MARA, diiringi oleh Encik Abdul Manap bin Abdul Majid
Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Puan Norbaizura binti Kamal Rusli
Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM), En Mohd Amran Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Dr Ahmad Sabri bin Kassim Pengarah MARA Negeri Selangor
Turut hadir En Khairil Amri Masrakin Pengurus Seksyen Bantuan Persekolahan, Pn Norliah STO MARA Selangor, wargakerja MARA Selangor dan 3PN Selangor.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kakitangan MARA yang terlibat dan menjadi asbab kebaikan untuk anak anak pelajar ini berjaya pada masa akan datang.