WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Mesyuarat Dan Perbincangan Berkaitan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) Yayasan Pelajaran MARA

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2023 – Satu mesyuarat dan perbincangan berkaitan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) telah diadakan di Ibu Pejabat YPM bagi membincangkan hal ehwal aktiviti dan pengembangan dana WARak. Selain itu, turut dibincangkan beberapa perkara dan hala tuju WARak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Mesyuarat dan perbincangan ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Bersama YPM-MAIWP iaitu Tuan Haji Sheikh Mohammad Tawfeek bin Hassan Badjenid, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Pengurus Pembangunan Wakaf, Puan Shanorita binti Hashim, Pengurus Seksyen Agihan Wakaf, Encik Puarsuha bin Ab Razak, Pegawai-Pegawai WARak, Tuan Haji Mohd Zul Fadlain bin Abdullah dan Puan Nor Haniza binti Ali Sabran.