WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Keistimewaan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) disebarluas dalam komuniti MARA Kelantan

KOTA BHARU, 5 November 2023 – Satu taklimat mengenai keistimewaan wakaf bersama WARak telah dilaksanakan di Pejabat MARA Negeri Kelantan. Sesi perkongsian ini telah dihadiri oleh komuniti MARA Negeri Kelantan terdiri daripada Pegawai-pegawai MARA Daerah, Ketua-ketua Pusat, IPMA dan warga Pejabat MARA Negeri Kelantan. Antara perkongsian adalah merangkumi objektif penubuhan WARak, agihan manfaat serta limpahan manfaat kepada masyarakat. ⁣⁣
⁣⁣
Semoga dengan sesi perkongsian ini dapat meningkatkan pemahaman berkaitan WARak dan matlamat utama untuk membudayakan wakaf dalam kalangan komuniti MARA dapat direalisasikan.⁣⁣