KUALA LUMPUR, 6 Dis 2022: Pra Pelancaran Wakaf Amanah Rakyat (WARak) dan pengenalan logo WARak telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar bin Abdul Manaf bersempena Sesi Townhall MARA.
Penubuhan WARak yang berperanan sebagai sumber alternatif bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi masyarakat telah mensasarkan kepada 5 kategori penerima manfaat WARak iaitu pendidikan, kebajikan, keusahawanan pengangkutan, serta aset wakaf di Pusat MARA .
Pada majlis yang sama, turut diadakan simbolik penyerahan surat kelulusan Mutawalli WARak oleh Pengurus Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah, Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP), Ir Abdul Karim Mohamed Ismail kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin disaksikan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar dan Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Mohd Diah bin Abas.