WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Taklimat Tabung Wakaf Amanah Rakyat Yayasan Pelajaran MARA (WARak) Bersama Pengurusan Tertinggi MARA Sabah dan Pegawai-Pegawai MARA daerah.

Kota Kinabalu, 12 Oktober – Satu sesi taklimat Tabung Wakaf Amanah Rakyat Yayasan Pelajaran MARA (WARak) telah mengadakan satu program bersama pegawai-pegawai MARA Daerah Sabah di Hotel 7 Suria.

Perkongsian taklimat telah diberikan oleh Tn Hj Mohd Zul Fadlain Bin Abdullah,Eksekutif Kanan Seksyen Pembangunan Wakaf YPM. Turut bersama Puan Shanorita Binti Hashim selaku Pengurus Seksyen Pembangunan Wakaf dan Dr Shahrizin Abdul Sarhadat, Pengarah MARA Negeri Sabah menyerahkan brosur dan borang kebenaran potongan gaji bulanan Wakaf Amanah Rakyat kepada para pegawai MARA Daerah dan juga IPMA yang ada di Negeri Sabah.

Semoga dengan adanya perkongsian ini dapat membantu anak-anak bangsa untuk terus seimbang dalam menjadikan mereka pelajar harapan pada masa akan datang.