WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Taklimat tabung Wakaf Amanah Rakyat Yayasan Pelajaran MARA (WARak) di program kesihatan dan penyampaian bantuan awal persekolahan ypm bagi warga kerja MARA Negeri Sembilan

Dewan D’Curve Pejabat MARA Negeri Negeri Sembilan, 14 Okt 2023– Program Kesihatan Dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan YPM bagi warga kerja MARA Negeri Sembilan telah diadakan di Pejabat MARA Negeri Sembilan .  Pihak Yayasan Pelajaran MARA telah memberi slot taklimat Tabung Wakaf Amanah Rakyat Yayasan Pelajaran MARA (WARak) semasa program yang dihadiri oleh warga kerja MARA Negeri Sembilan dari beberapa pusat kerja MARA bagi tujuan menyebarluaskan lagi maklumat kepada masyarakat setempat berkaitan WARak.

Pn Nor Hasniza Bt Ali Sabran (Eksekutif Seksyen Agihan Wakaf YPM) telah memberi kan taklimat dan dibantu oleh En Raja Shahrul Raja Hamzah (Penolong Eksekutif Agihan Wakaf YPM).

Bersempena program ini juga, pihak BSM MARA dengan kerjasama YPM juga telah memberikan bantuan persekolahan kepada warga kerja MARA yang terpilih. Bantuan ini telah disampaikan oleh Pn. Azurawani Bt Wan Mohamad (Timb. Pengarah II Pengurusan Operasi), En Asri Bin Hassan ( Ketua Pen. Pengarah Staff dan Kaunseling), En Anwar Yamani Bin Kamarulzaman (Timb. Pengarah Pengurusan MARA N.Sembilan).