WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Taklimat Tabung Wakaf Amanah Rakyat Yayasan Pelajaran MARA (WARak) melibatkan 17 ketua Pusat MRSM dan IPMA Negeri Perak

Bilik Mesyuarat Pejabat MARA Negeri Perak, 05 Okt 2023-Mengambil peluang mesyuarat pengurusan MARA Negeri Perak yang diadakan di Pejabat MARA Negeri Perak.Peg. Perhubungan Pendidikan Negeri Perak mengambil inisiatif mendapatkan slot Taklimat Tabung Wakaf Amanah Rakyat Yayasan Pelajaran MARA (WARak) dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketua jabatan dan pengetua MRSM tersebut bagi tujuan menyebarluaskan lagi maklumat kepada masyarakat setempat berkaitan WARak.

Turut sama, Pn shanorita (Pengurus Seksyen WARak) dan Tuan Hj Zul Fadlain (Eksekutif Kanan Seksyen WARak) wakaf daripada YPM.