KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 – Satu taklimat mengenai Wakaf Amanah Rakyat (WARak) telah diadakan di Bahagian Sumber Manusia MARA (BSM). Intipati taklimat tersebut adalah berkisar mengenai apa itu wakaf, kepentingan berwakaf dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan wakaf. Selain itu, sesi soal jawab juga turut dibuka kepada warga BSM bagi pemahaman yang lebih mendalam mengenai WARak.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh Puan Shanorita binti Hashim, Encik Puarsuha bin Ab Razak dan Tuan Hj Mohd Zul Fadlain bin Abdullah.