Kemaman , 2 OGOS 2023 – Satu taklimat WARak telah diadakan kepada Kesatuan Pegawai Pegawai MARA & staf MARA Negeri Terengganu. Taklimat ini telah diadakan di Dewan Cakerawala, KKTM Kemaman.
Taklimat telah disampaikan oleh, Tn. Hj Zul Fadlain Abdullah (Eksekutif Seksyen Pembangunan Wakaf). Turut hadir Pn Shanorita Bt Hashim (Pengurus, Seksyen Pembangunan Wakaf), Ts. Ahmad Fauzi B Mohamed (Presiden KPPM) dan wakil-wakil pusat dari seluruh Terengganu. Yayasan Pelajaran MARA juga turut menyampaikan Bantuan Persekolahan bernilai RM 100 kepada 45 anak-anak staf MARA Terengganu.
Bantuan ini disempurnakan oleh Pn Shanorita Bt Hashim (Pengurus, Seksyen Pembangunan Wakaf), diiringi oleh Pn Haliza Bt Khamis (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar KKTM Kemaman) kepada 26 wakil-wakil pusat yang terlibat.