KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2023 – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah diberi lantikkan Mutawalli Wakaf Amanah Rakyat oleh MAIWP. Melalui itu, Majlis Amanah Rakyat telah menubuhkan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) sebagai sebuah filantropi yang akan menyokong dan melengkapkan ekosistem MARA.
Dalam sesi tersebut, Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin selaku Ketua Pegawai Eksekutif YPM telah menerangkan mengenai infaq, sedekah, wakaf dan program WARak, perjalanan duit sumbangan serta keistimewaan yang diperolehi melalui WARak. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Shanorita binti Hashim, Encik Puarsuha bin Ab Razak dan Tuan Hj Mohd Zul Fadlain Bin Abdullah.