WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

KEISTIMEWAAN WARak

Keistimewaan bersama WARak

a. Wakaf Amanah Rakyat (WARak) berfungsi sebagai sumber kewangan tambahan (yang fleksibel dan terpelihara) dalam menjayakan agenda pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera.


b. kutipan dana dan agihan manfaat WARak boleh digunakan bagi membiayai atau menampung kekurangan peruntukan program-program di bawah sektor keusahawanan dan pendidikan dalam ekosistem MARA.


c. Sasaran Pemilikan Aset Bumiputera Tidak Tercapai
Berdasarkan Laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2016, pemilikan ekuiti Bumiputera telah merosot daripada 23% pada tahun 2011 kepada 16.2% pada tahun 2015. Manakala pemilikan Bumiputera bagi bangunan komersial dan industri di Malaysia hanya pada kadar 7% dan 2% pada tahun 2019 melalui data Jabatan Statistik Malaysia dan Pelaburan Hartanah Berhad. Dana wakaf yang dikumpul oleh WARak boleh digunakan untuk meningkatkan peratusan pegangan aset kewangan dan hartanah Bumiputera pada masa hadapan.

d. Jurang Pendapatan Bumiputera
Bagi tempoh 20 tahun (1989 hingga 2019), nisbah pendapatan isi rumah median Bumiputera masih tidak mencapai median nasional dengan julat median RM1,736 dan RM582 bersama kaum Cina dan India. Melalui dana wakaf WARak, ia boleh digunakan untuk menjana dan meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera melalui pewujudan peluang pekerjaan dan insentif galakan perniagaan kepada usahawan-usahawan Bumiputera.