WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

SEJARAH WAKAF

Rukun

1. Wakif (pewakaf)

Antara syarat-syarat pewakaf adalah:

  • Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.
  • Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.
  • Baligh.
  • Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).

2. Mawquf (harta yang diwakafkan)

  • Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.
  • Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim).
  • Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).
  • Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

3. Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf)

  • Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf.
  • Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja.

4. Sighah (penyataan wakaf)

  • Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat.
  • Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah.

Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.

Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.