Definisi
Dari sudut bahasa: Berhenti, menahan & menghalang.
Dari segi istilah: Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada
sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya,
untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT
Dalil berkaitan wakaf
Wakaf Amanah Rakyat (WARak) merupakan program wakaf yang diwujudkan bertujuan untuk mengumpul dana wakaf daripada orang ramai dan menguruskannya secara profesional dengan prinsip syariah. Dana WARak akan dikembangkan dan hasil pelaburan yang terkumpul akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui program sosial anjuran Yayasan Pelajaran MARA sebagai Mutawalli (pengurus) wakaf yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Penubuhan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) menggunakan struktur Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan pindaan tujuan, kuasa dan tugas-tugas Yayasan telah: diluluskan oleh Majlis MARA pada 24 Januari 2022.
YPM sebagai entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) MARA telah dilantik sebagai Mutawali (pentadbir) oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 15 Ogos 2022 yang YPM yang bertindak sebagai pentadbir WARak.
Jawatankuasa Bersama YPM-MAWIP yang menggabungkan penglibatan MARA, YPM, MAWIP dan pakar industri bertanggungjawab untuk memastikan hala tuju WARak adalah bertepatan mengikut hukum syara’. Jawatankuasa Bersama turut berperanan untuk memberikan pandangan dan nasihat dari sudut pelaksanaan dasar dan operasi WARak.
Yayasan Pelajaran MARA mensasarkan kutipan pendanaan WARak sebanyak RM1 juta dalam bentuk tunai bagi tahun 2023
Selain pahala berpanjangan, pewakaf juga akan menerima pengecualian cukai atas setiap sumbangan tunai, resit, sijil penghargaan dan laporan tahunan daripada pihak YPM
i. Jumlah minimum RM5 sumbangan WARak sama ada dalam bentuk potongan gaji atau secara one off atau perbankan internet.
ii. Tiada had maksimum dikenakan berhubung nilai sumbangan wakaf. Sumbangan boleh dilakukan sehingga jumlah kutipan sasaran berjaya dikumpulkan
Terbuka kepada semua individu daripada pelbagai latar belakang agama, keturunan dan warganegara yang yang berumur 18 tahun ke atas dan bukan individu (Syarikat, perkongsian, milikan, persatuan, masyarakat, organisasi, koperasi, dan lain-lain)
Ya. Hukum berwakaf bagi orang bukan Islam adalah harus dan dibenarkan. Jumhur ulama’ telah bersepakat, bahawa orang bukan Islam juga boleh menerima manfaat wakaf yang diwakafkan oleh orang Islam.
Ya. Wakaf yang dilakukan boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Ya, aset wakaf boleh dilaburkan samada melalui pelaburan secara langsung, atau perkongsian bersama antara pelbagai pewakaf dalam satu portfolio, atau melalui kaedah penerbitan saham wakaf,sebagai galakan untuk aktiviti wakaf dan merealisasikan perkongsian bersama tersebut.
Pelaburan mestilah pada sektor yang dibenarkan syarak, dan juga sesuai dengan jenis dan sifat aset wakaf tersebut, demi untuk mencapai maslahat wakaf, menjaga nilai asal aset wakaf, dan juga kemaslahatan penerima manfaat wakaf. (Akademi Fiqh Islam OIC (Majma’ Al-Fiqh Al-Islami) pada persidangannya yang ke-5 di Muscat, Oman, pada 6-11 Mac 2004)
Tidak. Dana yang telah diwakafkan tidak boleh dituntut kembali. Begitu juga dengan kedudukan harta wakaf yang telah dimanfaatkan dari dana ini adalah kekal sebagai hak Allah SWT, dengan demikian ianya tidak boleh dimiliki, dijual, dihadiahkan, diwarisi dan/atau dipusakai.
Pemilikan harta bagi Wakaf Amanah Rakyat (WARak) ini adalah dibawah pentadbiran Yayasan Pelajaran MARA yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).