WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Pengenalan

Wakaf Amanah Rakyat (WARak) merupakan program wakaf yang diwujudkan bertujuan untuk mengumpul dana wakaf daripada orang ramai dan diuruskan secara profesional dengan prinsip patuh syariah. Dana WARak akan dikembangkan dan hasil pelaburan yang terkumpul akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui program sosial anjuran Yayasan Pelajaran MARA sebagai Mutawalli (pengurus) wakaf yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Objektif

1.     Menggalak dan membudayakan amalan wakaf dan sedekah jariah

2.     Memberi Peluang setiap lapisan masyarakat melaksanakan ibadat wakaf berdasarkan kemampuan dan keikhlasan.

3.     Memperluaskan perdagangan harta wakaf umat Islam.

4.     Menyempurnakan amanah pewakaf.

Misi & Visi

MISI

Memastikan sumber kewangan mendapat ‘Value for Money’.

VISI

Bertanggungjawab kepada pewakaf dan penerima manfaat.

Motto

Manfaat Dunia, Bekalan Akhirat

Punca Kuasa

  • Penubuhan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) menggunakan struktur Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan pindaan tujuan, kuasa dan tugas-tugas Yayasan telah:
    • Diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA Bil. 12/2021 bertarikh 14 September 2021;
    • Diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan MARA Bil. 30 (1/2022) bertarikh 14 Januari 2022.
    • Diluluskan oleh Mesyuarat Majlis MARA Ke-537 (Bil.1 Tahun 2022) bertarikh 24 Januari 2022; dan
    • Diluluskan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar bertarikh 23 Februari 2022.
    • Diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah YPM Ke-244 [Khas] (Bil. 1 Tahun 2022)
  • Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) MARA telah dilantik sebagai Mutawali (pengurus) oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 27 Disember 2022 yang bertanggungjawab untuk mentadbir WARak.