Program Bantuan Awal Persekolahan ini merupakan program kerjasama di antara MARA dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) serta Badan Ugama Kebajikan MARA (BUKM) dan sumbangan itu berlangsung di tingkat 24, Anjung Korporat Ibu Pejabat MARA pada 12 Mei 2023.
Program ini merupakan tanda kecaknaan MARA buat warga kerja dalam meringankan beban kewangan ibubapa bagi permulaan awal persekolahan anak-anak dengan memberikan sumbangan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar.
Kriteria Pemilihan adalah berdasarkan kepada pendapatan isi rumah iaitu pendapatan RM3500 ke bawah sebulan dan bagi golongan B40.
Dalam sesi yang sama, Dr. Salpiah Binti Suradi kaunselor dari Bahagian Sumber Manusia turut memberikan ceramah mengenai Kesejahteraan dalam Pengurusan Kewangan dan Kesihatan.
Yang berbahagia Puan Rohayah Binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) bersama Encik Mohd Amran Bin Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM) hadir bagi memberikan sumbangan kepada anak warga kerja MARA.