WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Wakaf Amanah Rakyat (WARak) dibincangkan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)⁣⁣

KOTA BHARU, 5 November 2023 – YPM telah hadir ke Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bagi menerangkan berkenaan penubuhan WARak, struktur, punca kuasa, penarafan Mutawalli serta agihan manfaat. MAIK menyambut baik kedatangan YPM dalam usaha mengembangkan WARak di Negeri Kelantan dan beberapa perbincangan susulan akan dilaksanakan bagi merealisasikan harapan YPM ini. ⁣⁣
⁣⁣
Wakil MAIK yang bersama di dalam sesi perbincangan tersebut adalah YBrs. Encik Ridhwan bin Abd Rahman, Ketua Bahagian Baitulmal, Encik Mohd Azrairin bin Omar, Pegawai Penasihat Undang-Undang dan Puan Shahirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK. Manakala wakil YPM adalah Puan Shanorita binti Hashim, Pengurus Pembangunan Wakaf, Encik Puarsuha bin AB Razak, Pengurus Bantuan Persekolahan, Tuan Hj. Mohd Zul Fadlain bin Abdullah, Eksekutif Kanan Wakaf. Encik Ahmad Fazran Mohd Fakri dan Encik Nik Ahmad Kamil Nik Azhar, Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Kelantan.⁣⁣