WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

Bengkel Pembangunan Sistem e-WARak YPM Bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah

ALOR SETAR, 21-25 Februari 2023 – Telah diadakan Bengkel Pembangunan Sistem e-WARak YPM bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang berlangsung selama lima hari bertempat di Menara Zakat Negeri Kedah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pembentangan dan perbincangan gamba rajah pangkalan data, seni bina sistem dan latihan pembangunan sistem.

Turut hadir adalah Ketua Divisyen Teknologi Maklumat LZNK, Encik Alwi bin Ahmad, Pegawai-Pegawai LZNK, Encik Mohd Fakhrul Azreen bin Mohd Nizam dan Encik Mohd Fadzil bin Zainol. Manakala YPM telah disertai oleh Pengurus Seksyen Agihan Wakaf, Encik Puarsuha bin Ab Razak, Pengurus Seksyen Pembangunan Wakaf, Puan Shanorita binti Hashim, Pegawai-Pegawai YPM, Tuan Haji Mohd Zul Fadlain bin Abdullah, Encik Mohd Shaharuddin bin Abd Rahim dan Puan Lily Haryanti binti Az Muzni.