WAKAF AMANAH RAKYAT (WARak)

Yayasan Pelajaran MARA

‘Brainstorming’ bersama Jawatankuasa Bersama (JPB)

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Satu sesi ‘brainstorming’ bersama Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JPB) YPM-MAIWP berkaitan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) telah diadakan di Tingkat 18 YPM bagi membincangkan hal ehwal WARak serta turut dibincangkan beberapa perkara dan hala tuju WARak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Mesyuarat dan perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Sheikh Mohammad Tawfeek bin Hassan Badjenid. Turut hadir bersama adalah Dr. Muhammad Syahmi Mohd Karim, Puan Sharifatul Hanizah binti Said Ali, Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Encik Haji Ir.Add. Karim bin Mohamed, Puan Shanorita binti Hashim, Encik Puarsuha bin Ab Razak, Pegawai-Pegawai WARak, Tuan Haji Mohd Zul Fadlain bin Abdullah dan Puan Nor Haniza binti Ali Sabran.