KOTA BHARU, 5 November 2023 – YPM telah membuat kunjungan hormat ke Syarikat IMEDIKEL Pharma Holding Berhad yang merupakan antara usahawan MARA di Negeri Kelantan. Syarikat ini juga merupakan usahawan pharmasuetikel berstatus Bumiputera dan telah meraih Anugerah Aura 2022 oleh MARA. Dengan mengangkat moto “power of giving”, IMEDIKEL melangkah sehingga berupaya memiliki produk makanan, makanan kesihatan, produk kosmetik, penyedia latihan, pemasaran, import-eksport, khidmat konsultansi kesihatan dan farmaseutikal. Selain itu, mereka juga mempunyai kafe yang menyediakan menu sihat dan juga mempunyai anak syarikat pengiklanan dan TV sendiri.
Delegasi YPM telah diwakili oleh Encik Puarsuha bin Ab Razak, Puan Shanorita binti Hashim, Tuan Hj. Mohd Zul Fadlain Abdullah, Encik Ahmad Fazran Mohd Fakri dan Encik Nik Ahmad Kamil Nik Azhar, Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Kelantan dan telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Yusmat Bin Mamat, Presiden, Puan Hasnah Binti Zakaria, Vice President, Puan Nik Nur Laila Asma, Executive Director dan Encik Lokman Hakim Bin Hashim, CFO IMEDIKEL Pharma Holding Berhad.
Di dalam sesi tersebut, YPM telah menerangkan mengenai penubuhan WARak dan bagaimana jalinan kerjasama dua hala dapat dilaksanakan.